6 CADANGAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2017




Berbaki lagi lebih kurang 2 minggu lagi sesi persekolahan bagi tahun 2017.
Anak-anak pasti sudah tidak sabar menanti penghujung bulan November ini untuk cuti sekolah. Ibubapa pasti sudah merancang pelbagai aktiviti untuk mereka. 

Alhamdulillah.
Masih belum ada perancangan? 

Jangan risau, disini KSL akan kongsikan beberapa cadangan bagi aktiviti anak-anak pada cuti sekolah 2017 ini.


1. KEM MOTIVASI 
Ini adalah salah satu bentuk program yang paling banyak diadakan pada cuti sekolah. Ianya berbeza-beza mengikut kategori dan objektif penganjur. Antaranya, pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. 

Apa lagi, boleh terus mencari kem kem yang telah disediakan untuk anak-anak tuan dan puan. Janganlupa untuk memilih kem - kem daripada penganjur yang dikenali atau pun diketahui serta dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.



2. KEM IBADAH 
Kem Ibadah seperti kem anak soleh, kem solat, kem mengaji dan hafazan mula mendapat tempat dan menjadi salah satu program yang seringkali diadakan semaca cuti sekolah. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti hafazan, mempelajari ilmu Fardhu Ain, membaca Al-Quran, mendalami ilmu Tajwid dan macam - macam lagi. 

Moga moga dengan adanya kem sebegini ia dapat membantu anak - anak dalam mengetahui dan mempraktikkan amalan dan gaya hidup Islam sebenar.





3. KELAS KEMAHIRAN 
Kelas atau sesi pendek untuk mengasah kemahiran anak dalam bidang tertentu juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk mengahabiskan masa mereka pada cuti sekolah nanti. 

Berkebun dengan atuk dan nenek di kampung. 
Kelas memasak, meroti mahupun berenang. 
Dan boleh jadi juga anak - anak anda berminat untuk tahu tentang enjin kereta dan sebagainya.

4. MEMBANTU IBU AYAH DI RUMAH 
Masa untuk berbakti ! Anak - anak boleh membantu ibubapa ketika mereka keluar bekerja. Hal-hal yang ringan seperti menyapu rumah, mengangkat kain baju lebih sesuai kepada anak yang masik di sekolah rendah. 

Manakala, mencuci kereta, mengelap cermin, memasak untuk abang atau kakak yang lebih dewasa. Sekurang-kurangnya, dengan aktiviti ini anak-anak sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah dalam hal hal tugasan di rumah.


5. MEMBACA NOVEL / BUKU ILMIAH 
Sudah pasti ada diantara anak-anak yang sangat minat membaca buku. Mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa di perpustakaan dengan membaca buku. Apa salahnya pada cuti sekolah kali ini, ibubapa membawa mereka ke perpustakaan dengan lebih kerap dan membelikan buku, novel kesukaan mereka. 

Buku ilmiah seperti ensiklopedia juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya adik-adik akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.




6. MENGULANGKAJI UNTUK PERSEDIAAN TAHUN HADAPAN
Lebih lebih lagi kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting pada tahun 2018 nanti. Kerana sikit sebanyak ia membantu untuk merancangan masa hadapan anak-anak secara tidak langsung.

Sekiranya tuan dan puan masih mencari program program untuk anak-anak anda, 
kami di Kem Smart Learning membawakan SCHOOL HOLIDAY PROGRAM 2017 bagi pelajar berumur 9 hingga 12 tahun untuk TRICKY MATHS dan pelajar menengah iaitu PT3 dan SPM.


Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lanjut.



Semoga bermanfaat.

Comments

  1. BetMGM Casino – Eastside Las Vegas, NV | Mapyro
    BetMGM 안양 출장샵 Casino 보령 출장마사지 Eastside is a casino on the 경산 출장안마 Eastside 사천 출장샵 in Eastside, Nevada. Casino features live entertainment, sports 강릉 출장마사지 betting, luxury hotel,

    ReplyDelete

Post a Comment